Baru beberapa jam lepas disiarkan artikel ini di dalam Bloomberg. Katanya, PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan agar pendedahan laporan siasatan pegangan saham Tan Sri Azam Baki DITANGGUHKAN.
Nah, ini kali keberapa Bloomberg siarkan artikel membagkitkan persoalan ketelusan kerajaan MADANI secara terbuka. Tak malukah kerajaan MADANI di bawah pimpinan PMX dihadapkan pendedahan demi pendedahan ini?
Isu ini jika dibawa ke Parlimen sekalipun, jawapan PMX mudah dijangka tentunya dengan nada keras dan meyakinkan “.. kita nafi sekeras-kerasnya.. kita sudah minta polis siasat.. polis panggil…”
kemudian kabinet bersidang, kemudian laporan siap, kemudian bentang di kabinet, bertahun-tahun untuk selesaikan satu isu, sehinggalah akhirnya PMX tak jadi saman Bllomberg. Kemudian datang pula artikel lain, begitulah seterusnya sehinggalah abang Jamil ….
Artrikel ini lebih berani lagi menyatakan bahawa individu yang disiasat masih berpotensi diberikan laluan ke jawatan lain seperti senator selepas tamat tempoh perkhidmatan. Ini tentunya menghantar mesej yang salah kepada rakyat.
Kerajaan wajib jawab, jika ia fitnah lakukan tindakan. Saman dan dakwa Bloomberg! Kenapa takut? Jika benar laporan sudah siap, kenapa tangguhkan?
Inilah era reformati, MADANI sudah sampai ke noktah penghujung.
Sumber Bloomberg : https://www.bloomberg.com/news/articles/2026-03-30/malaysian-pm-anwar-said-to-oppose-quick-release-of-probe-into-macc-chief-azam?fbclid=IwY2xjawQ2x4NleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFEMWhRazBLc2NRUUFROVR1c3J0YwZhcHBfaWQQMjIyMDM5MTc4ODIwMDg5MgABHimBVkWYIlQMksKIBGVLTx6zQIkYVXcGum9vsqPkF_uPD9D_R105XUe0TYS8_aem_pEDBakdaVxfcvTcH8Gf16Q
