Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Parit @Belanja kini menawarkan perkhidmatan membantu rakyat sekitar Parit dan kawasan berhampiran untuk memohon Bantuan Diesel (BUDI MADANI) bagi mereka yang layak.
Alhamdulillah, sehingga hari ini seramai 362 orang telah berjaya dibantu dalam urusan permohonan bantuan ini.
Bagi yang memerlukan bantuan, tuan puan boleh hadir terus ke pejabat kami dengan membawa dokumen yang berkaitan.
Siapa yang boleh memohon?
1. Pemilik Kenderaan Diesel
Dokumen diperlukan:
• Nombor telefon
• Akaun bank pemilik
• Jenama dan model kenderaan
• Tarikh tamat road tax
2. Pemilik Kebun Sawit
Dokumen diperlukan:
• Nombor telefon
• Akaun bank pemilik
• Lesen menjual sawit yang dikeluarkan oleh MPOB
Jika belum memiliki lesen menjual sawit, sila sediakan:
• Geran tanah
• Bil elektrik / air
• Resit jual sawit / beli anak benih / beli baja
• Salinan kad pengenalan
• Nombor telefon
Lokasi Pejabat:
Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Parit @Belanja
Lot 9698, Jalan Haji Wahab
32800 Parit, Perak
Google Maps:
Hotline:
010-788 9717
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan yang disediakan kerajaan.
Kami sedia membantu memudahkan urusan permohonan anda.
Datang terus ke Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Parit @Belanja.
